Jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti Covid-19 kini sudah mencecah sembilan juta orang.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas sebagai satu-satunya negara di dunia yang sudah mencecah dua juta kes. 

AS juga terus merekodkan kes tertinggi dalam sehari dengan lebih 30,000 kes.

Ini merupakan satu angka tertinggi kes jangkitan dalam 24 jam, diikuti Brazil.

Brazil pula berada di tangga kedua dengan lebih sejuta kes, termasuk lebih 19,000 kes dalam 24 jam, menurut angka Worldometers pagi ini.

Jumlah keseluruhan yang dijangkiti virus maut itu sehingga pagi ini ialah lebih 592,000.

Rusia di tangga ketiga dengan  lebih 592,000 kes, termasuk lebih 7,000 kes terbaharu.

Kini India yang berada di tangga keempat sudah mempunyai lebih 440,000, termasuk 13,540 kes terbaharu.

United Kingdom berada di tangga kelima dengan lebih 305,000 kes jangkitan, termasuk 954 kes terbaharu. 

Sepanyol berada di tangga keenam dengan lebih daripada 293,000 kes jangkitan.

Selain Sepanyol, terdapat empat buah  lagi negara dalam lingkungan 200,000 kes, iaitu Peru, Chile, Itali dan Iran.

Negara yang mempunyai lebih 100,000 kes ialah  Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Perancis, Saudi Arabia, Bangladesh dan Kanada.