Jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti Covid-19 kini sudah mencecah sembilan juta orang.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas sebagai satu-satunya negara di dunia yang sudah mencecah dua juta kes. AS juga terus merekodkan kes tertinggi dalam sehari dengan lebih 25,000 kes.

Brazil pula berada di tangga kedua dengan lebih sejuta kes, termasuk lebih 14,000 kes dalam 24 jam, menurut angka Worldometers pagi ini.

Rusia di tangga ketiga dengan 584,680 kes, termasuk lebih 7,000 kes terbaharu.

Dari segi jumlah kes dicatatkan dalam 24 jam, India berada di belakang AS dengan lebih 15,000 kes. 

Kini India sudah mempunyai lebih 426,000 kes sekali gus meletakkannya di tangga keempat.

United Kingdom berada di tangga kelima dengan lebih 304,000 kes jangkitan, termasuk 1,221 kes terbaharu. 

Sepanyol berada di tangga keenam dengan lebih daripada 293,000 kes jangkitan.

Selain Sepanyol, terdapat empat buah  lagi negara dalam lingkungan 200,000 kes, iaitu Peru, Chile, Itali dan Iran.

Negara yang mempunyai lebih 100,000 kes ialah  Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Perancis, Saudi Arabia, Bangladesh dan Kanada.