Tuesday, June 28, 2022

Kurangkan harga tiket: Menteri bincang dengan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya sudah menemui Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air untuk membincangkan isu mengurangkan tambang dan meningkatkan kekerapan penerbangan.

Perbincangan dengan tiga syarikat penerbangan itu berlangsung  pada 11 Jun lalu.

Ini katanya susulan kelonggaran langkah penjarakan sosial bagi perjalanan udara di bawah PKPP.

Jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan terbabit  menjelaskan harga tiket penerbangan ditentukan  dengan menggunakan kaedah dinamik.

Ini termasuk mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong pasaran   seperti permintaan penumpang, keadaan ekonomi, harga bahan api dan kos operasi.

“Syarikat penerbangan juga perlu memastikan terdapat permintaan berterusan dan stabil, sebelum harga tambang dapat kembali ke tahap normal seperti sebelum wabak Covid-19,” katanya lagi.

Untuk rekod, para penumpang mengeluh kerana harga tiket pada amnya tinggi dan di luar kemampuan mereka bagi semua sektor. 

Jelasnya kerajaan turut  mengingatkan syarikat penerbangan sentiasa menetapkan kadar tambang penerbangan munasabah yang tidak membebankan rakyat, terutama dalam tempoh pemulihan susulan ancaman pandemik Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru