JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  menuju sembilan juta kes jangkitan dengan 8.9 juta  kes jangkitan dicatatkan pada pagi ini..

Ini selepas peningkatan jangkitan terbaharu berjumlah lebih 149,000 kes.

Menurut data Worldometers, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan Covid-19 dengan 2.32 juta kes.

Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi dua juta, termasuk  lebih 31 kes terbaharu berbanding 33,000 kes dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif Covid-19  sudah mencecah sejuta.

Kini negara itu mempunyai sebanyak lebih 1.6 juta kes, manakala Rusia ketiga dengan lebih 576,000 kes.

Dalam tempoh 24 jam, Brazil menyaksikan pertambahan lebih  29, 000 kes berbanding lebih 50,000 kes jangkitan dalam 24 jam sebelumnya.

India pula berada di tangga keempat dengan lebih 411,000 kes, termasuk lebih 15,000 kes terbaharu dalam 24 jam.

United Kingdom pula mencatatkan  lebih 303,000 kes berbanding Sepanyol lebih 293, 000 kes.  Namun kini Sepanyol hanya mencatatkan kematian satu angka dengan sembilan kes terbaharu.

Peru mempunyai lebih 251,000 kes manakala  Itali  mempunyai lebih 238,000  kes jangkitan.

Jerman dengan 191,216 kes jangkitan hanya merekodkan satu kes kematian.