Brazil, Mexico  dan Amerika Amerika Syarikat terus merekodkan angka tinggi dari segi pesakit menemui ajal kerana Covid-19. 

Jumlah kematian di Brazil ialah  1,221 dalam tempoh 24 jam. 

Jumlah kematian keseluruhan di Brazil sehingga awal pagi ini ialah 49,090 termasuk 1,221 kes kematian dalam 24 jam lalu. 

Amerika Syarikat   pula merekodkan  714 orang menemui ajal dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut angka Worldometers, jumlah kematian keseluruhan di AS ialah 121,402 orang.

Mexico kini merekodkan 19,747   kes termasuk  667 kematian dalam 24 jam lalu.

Setakat pagi ini   sudah terdapat  lebih 461,000 kematian di seluruh dunia  termasuk 5,029 kematian terbaharu. 

United Kingdom  pula merekodkan 42,461 korban termasuk  173 kematian.

Manakala Itali pula  menyaksikan 34, 561  kematian, termasuk 47 kematian terbaharu.   

Selepas menyaksikan angka kematian melebihi 500 kes untuk sekian lama, Itali kini tentu dapat menarik nafas lega apabila hanya merekodkan dua digit.

Perancis menyaksikan  29,617 kematian, termasuk  14 kematian baharu berbanding 28 kematian sebelumnya.

Sebuah negara yang kini menuju angka 10,000 kematian ialah Belgium.