JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan angka terkini sudah mencecah 43,803,  selepas tambahan 2,373 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Selain Indonesia, terdapat empat buah negara yang mempunyai kes jangkitan dalam lingkungan 40,000, iaitu Belanda, Ecuador, Emeriah Arab Bersatu, dan Singapura.

Menurut angka Worldometers, 63 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini berjumlah 2,373 orang termasuk 34 kematian terbaharu.

Angka itu  meletakkan Indonesia di tangga teratas dari segi kematian  dan jumlah kes jangkitan dalam kalangan negara Asia Tenggara, sekali gus memintas  Singapura yang kini  berada di tangga ke-31 dengan  41,615 kes.

Indonesia berada di tangga ke-30 di dunia dari segi jumlah kes jangkitan.

Indonesia dilihat berkemungkinan bakal memintas Emeriah Arab Bersatu yang kini merekodkan 44,145 kes jangkitan.

Negara kedua tertinggi mencatatkan kematian di Asia Tenggara ialah Filipina dengan 1,130 kes.

Sebanyak 17,349 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19 di negara 270 juta jiwa itu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 678 kes, diikuti provinsi Jakarta (578 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (152) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.