LONDON: Seorang lelaki menyaman wanita dikenalinya menerusi media sosial £130,000 kerana menyebabkannya dia dijangkiti selesema.

Martin Ashley Conway, 45, memberitahu dia mengalami trauma dan kehidupannya terjejas teruk selepas dijangkiti virus selesema dari wanita tersebut.

Menurut Conway dia dan wanita yang dikenali sebagai Jovanna Lovelace itu berjumpa buat pertama kali di London pada tahun lalu.

Lovelace menciumnya dan wanita itu hanya memberitahunya dia menghidap selesema selepas selesai aksi cumbuan mereka.

Selang beberapa hari selepas perjumpaan itu, Conway jatuh sakit antaranya mendapat selesema dan ulser mulut.

Malah dia juga terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara panik dengan keadaan kesihatannya.

Doktor memberitahu dia kini menghidap virus “herpes simplex ” untuk selamanya.

Conway mendakwa Lovelace bersikap “cuai” kerana menciumnya ketika dia menghidap selesema ekoran itu wanita itu perlu membayar ganti rugi kepadanya.

Lovelace, 30 berusaha melawan kes saman ini mengatakan peguamnya menggambarkan kes ini sebagai “tidak masuk akal serta menjengkelkan” dan besar kemungkinan akan gagal.