Namun Brazil, Mexico dan Amerika Amerika Syarikat terus merekodkan angka tinggi dari segi pesakit menemui ajal kerana Covid-19. 

Jumlah kematian di Brazil ialah 1,204 dalam tempoh 24 jam, hanya kurang lima kes berbanding 24 jam sebelumnya. Jumlah kematian keseluruhan di Brazil sehingga awal pagi ini ialah 47,869 kes.

Amerika Syarikat pula merekodkan  800 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut angka Worldometers, jumlah kematian keseluruhan di AS ialah 120,615 orang.

Mexico kini merekodkan 19,080 kes termasuk 770 kematian dalam 24 jam lalu.

Setakat pagi ini sudah terdapat 455,481 kematian di seluruh dunia termasuk 5,029 kematian terbaharu. 

United Kingdom pula merekodkan 42,288 korban termasuk  135 kematian.

Manakala Itali pula  menyaksikan 34, 514 kematian, termasuk 66 kematian terbaharu.   

Selepas menyaksikan angka kematian melebihi 500 kes untuk sekian lama, Itali kini tentu dapat menarik nafas lega apabila hanya merekodkan dua digit.

Perancis menyaksikan  29,603 kematian, termasuk 28 kematian baharu, sama dengan angka dalam 24 jam sebelumnya. 

Sebuah negara yang kini menuju angka 10,000 kematian ialah Belgium.