JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 8.56 juta berbanding semalam 8.38 juta  orang.

Ini selepas peningkatan jangkitan terbaharu berjumlah lebih 135,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Worldometers, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan Covid-19 dengan 2.26 juta kes.

Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi dua juta, termasuk  lebih 25,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak lebih 983,000 kes, manakala Rusia ketiga dengan lebih 561,000 kes.

Dalam tempoh 24 jam, Brazil menyaksikan pertambahan lebih 23,000 kes jangkitan.

India pula berada di tangga keempat dengan lebih 367,000 kes, termasuk lebih 13,000 kes terbaharu dalam 24 jam.

United Kingdom pula mencatatkan  lebih 300,000 kes berbanding Sepanyol lebih 292, 000 kes.   

Peru mempunyai lebih 244,000 kes manakala  Itali  mempunyai lebih 238,000  kes jangkitan.