Tuesday, June 28, 2022

Gelombang kedua Covid-19: China sekat import salmon Eropah

Secara Rawak

BEIJING: China hentikan sementara import ikan salmon dari Eropah setelah pihaknya mengesan ratusan kes Covid-19 baharu yang dikaitkan dengan pasar Xinfadi, Beijing beberapa hari terakhir.

Akhbar China melaporkan hasil siasatan mendapati virus korona dikesan pada papan pemotong digunakan untuk memotong ikan salmon di pasar tersebut.

Kini pihak berkuasa memantau pasar raya dan kedai menjual daging serta menarik semua ikan salmon yang dijual terutama yang berasal dari pasar Xinfadi.

Ikan salmon berkenaan diduga diimport dari Eropah.

Pengusaha restoran turut menarik semua sajian ikan salmon dari menu restoran dan ia turut memberi kesan ke atas restoran makanan Jepun.

Pakar kesihatan bagaimanapun berkata, belum dapat disahkan secara ilmiah jika ikan salmon menjadi pembawa penularan jangkitan Covid-19 terbaharu itu.

Pakar lain berpendapat mungkin terjadi kontaminasi silang dan bukan semata-mata kerana ikan salmon yang menjadi sumber virus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru