KUCHING: Tiada kes baharu yang sembuh dan dikeluarkan dari hospital  di Sarawak  pada Khamis. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 telah sembuh dan discaj kekal 534 orang atau 94.51 peratus.

“Seramai 12 orang masih menerima rawatan di hospital iaitu di wad isolasi dan jumlah kematian kekal 17 orang,”  tambah JPBNS dalam satu kenyataan, Khamis.

JPBNS melaporkan 48 kes baharu orang disyaki (PUI) dan lapan masih menunggu keputusan ujian makmal.

Semalam empat kes baru positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak  menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini, 565. Jumlah   kematian kekal 17 kes.

JPBNS menjelaskan  kesemua kes tersebut dilaporkan di Kuching melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara.

Menurut JPBNS kes berkenaan dikesan menerusi saringan kesihatan yang dilakukan di sebuah hospital swasta di sini dan pengesanan kontak kepada kes serta punca jangkitan masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).