Wednesday, June 29, 2022

Tujuh Projek RTP sedang dilaksana di DUN Kabong – Chee Kadir

Secara Rawak

KABONG: Sebanyak tujuh Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong bagi tahun 2020 kini dalam proses pelaksanaan.

ADUN Kabong, Mohd.Chee Kadir melakukan tinjauan ke lokasi projek bersama pihak agensi pelaksana iaitu Majlis Daerah Saratok hari ini.

Projek berkenaan adalah Menaik Taraf Masjid Lama Kabong Fasa 3 dengan kos RM300,000,Pembinaan Penginapan Tanjung Kembang, Kabong (RM300, 000), Membangun Tebingan Sungai Seblak Dan Lintasan Konkrit Daerah Kecil Roban (RM100, 000), Bina Baru Gelanggang Futsal Sungai Pasir, Nyabor (RM400, 000), Menaik Taraf Gelanggang Futsal Kampung Nyabor (RM150, 000),Baik Pulih Dewan PNK Gerigat (RM100, 000), Menaik Taraf Taman Air Tanjung Kembang, Kabong (RM50, 000).

Lawatan ke lokasi projek bermula jam 9 pagi dan selesai jam 4 Petang tadi.

Hadir sama ialah Penghulu Lim Kheng Huat, Rombongan MDS dan Tuai Rumah Engkasan Anak Wat.

Chee dalam kenyataannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah meluluskan peruntukan di bawah RTP 2020 bagi pelaksanaan projek pembangunan tersebut.

Untuk rekod, sebanyak 21 Projek pembangunan dengan sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi tujuan pembangunan di kawasan ADUN Kabong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru