Siapa yang anda pilih jadi perdana menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr Mahathir Mohamad?

Atau anda tidak mahu kedua-dua mereka?

Atau anda mahu kedua-dua mereka menjadi perdana Menteri?

Ya, mengapa tidak, kalau susah sangat, dapat saja dua orang perdana menteri serentak — dengan bergilir hari atau minggu.

Anwar jadi PM pada hari Isnin, Mahathir pada Selasa, dan begitulah seterusnya.

Ya, supaya kita dapat catat rekod dunia.

Ya, kalau PH sudah susah sangat hendak buat keputusan. Biar kedua-dua mereka puas hati.

Penyokong masing-masing kelihatannya tidak mahu berganjak sementara 32 juta rakyat melihat drama politik mereka.

Penyokong Anwar mahu Presiden PKR itu diberi peluang. Tidak perlu lagi serah kepada Mahathir yang menuju usia 95 tahun.

Bagi Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, tidak adil bagi Anwar untuk dipaksa menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri “PH plus” selepas kejadian yang berlaku sebelum ini.

Nik Nazmi membangkitkan apa yang menurutnya sebagai ketidaktentuan dalam isu peralihan kuasa sebelum ini.

“Tidak adil untuk memaksa Anwar untuk menerima Mahathir sebagai calon PM ke-9 apatah lagi dengan apa yang beliau lalui sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tambahan pula, rekod Mahathir dalam isu peralihan kuasa yang menimbulkan ketidaktentuan ketika PH memerintah sebelum ini,” katanya.

Semua orang tahu bahawa Mahathir dan penyokong beliau keberatan mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar kerusi berkenaan. Hakikatnya, PH telah berjanji untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar menjelang PRU-14.

Kemenangan PH dalam PRU lalu adalah kerana gandingan mereka berdua, bukannya kerana Mahathir seorang atau Anwar seorang. Ingat, Mahathir sanggup menyembah Anwar tanpa rasa malu di mahkamah untuk memujuk Anwar.

Semua orang tahu mereka bermusuhan selama hampir 20 tahun selepas Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Apa yang berlaku selepas itu sudah menjadi sejarah pahit politik negara.

Nik Nazmi juga menyasarkan Mahathir berkenaan tumbangnya pentadbiran PH pada akhir Februari lalu.

“Krisis politik yang kita lalui selepas Langkah Sheraton sebahagiannya berpunca dari tindakannya meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan PH dan keyakinan bahawa ahli-ahli Parlimen Umno dan PAS bersamanya,” katanya.

Katanya lagi, negara memerlukan permulaan baharu dengan kerajaan yang bersih dan fokus kepada rakyat, dan Anwar adalah orang terbaik untuk memimpinnya.

Nazmi betul dari segi itu. Betapa kali lagi Mahathir mahu jadi Perdana Menteri. Kalau dihitung beliau menjadi perdana menteri sementara, sudah tiga kali ahli parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri. Pertama selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, kemudian selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Atau memang kita sudah tidak ada lagi orang lainkah yang lebih layak daripada Mahathir? Maksudnya, betulkah hanya Mahathir seorang daripada 32 juta rakyat Malaysia yang dapat memimpin Malaysia?

PH kini sedang berdepan perancangan kebuntuan dalam “PH plus” berkaitan soal calon perdana menteri.

Beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar  sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baharu dibangkitkan, iaitu menggandingkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.

Menurut  Anthony Loke yang dipetik sebuah portal, ketika mesyuarat “PH plus” pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin.

Kemudian satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun untuk meneliti pilihan kedua iaitu menggandingkan Mahathir bersama Anwar selepas kombinasi Anwar – Muhkriz menemui jalan buntu.

Oh, Mahathir mahu menjadi perdana menteri selama enam bulan saja.

Seolah-olah belum cukup lagi 22 tahun 22 bulan. Selepas enam bulan tahu apa yang akan dikata penyokongnya? 

Teruskan lagi, alang-alang. Kalaulah Anwar dan PKR hendak bersetuju, tidak tahu lagilah apa yang hendak dikatakan tentang Anwar dan PKR? Sama ada Anwar terlalu berjiwa besar atau tidak mahu belajar daripada kesilapan lalu. 

Beliau telah diperdaya Mahathir sekurang-kurangnya dua kali.

Tarikh akhir PH buat keputusan sepatunya pada Selasa, tetapi kini kita sudah berada pada Khamis. Tentu ada sesuatu yang tidak kena. 

Persoalannya, susah sangatkah untuk Mahathir dan penyokong beliau untuk menyokong dan mencalonkan Anwar yang sudah menunggu lama hendak menjadi Perdana Menteri.  Mereka mahu Anwar kempunan sekali lagi. 

akap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH,” katanya.

Terdahulu hari ini, Anwar memohon maaf bagi pihak PH kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri.

‘Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz’

Sementara itu, Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara terbuka perincian rundingan dalam “PH plus” kerana tarikh akhir 13 Jun untuk PKR sudah berlalu.

“Kini masanya untuk meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku.

“DAP sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti,” katanya lagi.

Beliau berkata Warisan tegas mahu Mahathir memimpin kerana parti itu percaya beliau mampu mendapat jumlah sokongan yang diperlukan untuk membentuk majoriti.

Mahathir juga mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

“Bagi kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa.

“Selepas keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya,” katanya lagi.