Tuesday, June 28, 2022

Najib: Patutlah Dr Mahathir dendam dan marah terhadap saya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjangkakan pergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) bakal menyaksikan anak Tun Dr Mahathir Mohamad,  Datuk Seri Mukhriz akan mendapat keutamaan dalam percaturan jawatan dilakukan PH.

Menurut  Ahli Parlimen Pekan itu, beliau seolah-olah tidak hairan dengan keputusan itu kerana  Mukhriz yang akan meraih manfaat besar kerana bakal diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tambah Najib, perkara itu bukan baharu kerana sejak PH tumbang Februari lalu gabungan politik itu sering mengulangi komitmen mahu merampas semula kuasa untuk menyelamatkan negara dan mengembalikan mandat rakyat.

“Rupa-rupanya, apa yang mereka sebenarnya mahu selamatkan ialah seorang pemuda yang kini menganggur dan mengembalikan mandat untuk pemuda tersebut dinaikkan menjadi TPM dan akhirnya PM,’ katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Tanpa merujuk nama, beliau sebenarnya bermaksud Mukzrih yang tumbang dari kerusinya sebagai Menteri Besar Kedah selepas Perikatan Nasional di bawah PAS kembali berkuasa di Kedah.

Najib mengulas video Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang mendedahkan mesyuarat Presiden PH membincangkan pemilihan Perdana Menteri serta timbalan dalam usaha mengembalikan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Anthony Loke berkata, PH mengusulkan dua pilihan iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri manakala Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Sementara pilihan kedua, kata Najib lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri  untuk tempoh seketika dan Anwar sebagai TPM. 

 “Patutlah kemarahan dan dendam kesumat Dr Mahathir terhadap saya bermula dari pemilihan Umno akhir tahun 2013,” tulis Najib lagi. 

PH kini berdepan kesukaran dalam memilih calon Perdana Menteri dengan PKR berkeras mahu Anwar dicalonkan, manakala Dr Mahathir kembali dicalonkan.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di bawah pemerintahan BN dan 22 bulan di bawah PH.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru