ANGKA kematian akibat Covid-19 terus meningkat tetapi pada amnya memperlihatkan trend menurun harian di negara utama yang menjadi sasaran jangkitan sebelum ini.

Namun Brazil dan Amerika Amerika Syarikat terus merekodkan angka tinggi dari segi pesakit menemui ajal kerana Covid-19. 

Jumlah kematian di Brazil ialah 1,209  manakala di Amerika Syarikat ialah 800 orang dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut angka Worldometers, jumlah kematian keseluruhan di AS setakat awal pagi ini ialah 119,932 manakala Brazil ialah 46,665 kes.

Setakat pagi ini   sudah terdapat 450,401 kematian di seluruh dunia  termasuk 5,213 kematian terbaharu. 

United Kingdom  pula merekodkan 42,153 korban termasuk  184 kematian berbanding 38 kes kematian direkodkan dalam 24  jam sebelumnya.

Manakala Itali pula  menyaksikan 34, 448 kematian, termasuk 43 kematian terbaharu.   

Selepas menyaksikan angka kematian melebihi 500 kes untuk sekian lama, Itali kini tentu dapat menarik nafas lega apabila hanya merekodkan dua digit.

Perancis menyaksikan  29,575 kematian, termasuk  28 kematian baharu, berbanding hanya 29 kematian sehari sebelumnya. 

Mexico kini merekodkan 18,310  kes termasuk  730 kematian dalam 24 jam lalu.

Sebuah negara yang kini menuju angka 10,000 kematian ialah Belgium.