Dalam 74 hari pertama di Nepal, sebanyak 1,227 orang telah meragut nyawa sendiri berbanding 5,785 sepanjang tahun lalu.

Doktor berkata, penguncian menyebabkan perubahan dalam kehidupan rakyat di sebalik kebimbangan dan ketakutan mereka berdepan dengan virus maut, Covid-19.

Dalam kes tertentu, isu remeh pun dapat mencetuskan hasrat seseorang untuk membunuh diri.

Menurut Kathamadu Post, minggu lalu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Kirtipur cuba membunuh diri susulan pertengkaran dengan ayahnya yang berang dengan tindakannya bermain video dan menonton televisyen sepanjang masa.

Pada Sabtu, seorang wanita cuba membunuh diri di rumahnya di Dolakha. Dia begitu tertekan selepas suaminya hilang pekerjaan ketika penguncian dilaksanakan.

Doktor yang dipetik akhbar itu, Dr Kamal Gautam berkata, isu kesihatan mental akan menonjol bukan sahaja di Nepal tetapi juga di seluruh dunia.

“Impak pandemik terhadap kesihatan mental rakyat begitu membimbanbgkan,” katanya seperti dipetik akhbar itu. 

Setakat tengah hari tadi,sebanyak 6,591 kes positif Covid-19 direkodkan di negara 29 juta jiwa itu dengan 19 kematian.