Youtuber ini sebak terharu ketika membuat previu berkaitan video yang ernah tersebar viral sebelum ini “The Power of Malaysians”.

Video ini mengisahkan bagaimana Malaysia sebagai negara teratas dalam carta jangkitan wabak Covid-19 terawal di Asia Tenggara keluar daripada ancaman pandemik ini.

Video ditonton 527,000 kali ini di Youtube menyenaraikan 15 kaedah membantu Malaysia keluar daripada wabak ini sehingga menjadi negara kelima paling berjaya dan terselamat daripada ancaman Covid-19.

Pada akhir videonya, Youtuber ini sebak dan terharu menyatakan akan bertandang ke Malaysia apabila wabak ini berakhir kelak.

Bahkan menurutnya dia sanggup pindah ke Malaysia!