BETONG: Jalan raya dan jambatan ke Rumah (Rh ) Raba Penyalanih dan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Mark di sini dinaiki air akibat hujan lebat yang sejak malam tadi.

Air sungai yang melimpah tebing menyebabkan kawasan jambatan dan jalan raya berkenaan dinaiki air setinggi kira-kira empat kaki menyebabkan penduduk di rumah panjang di kawasan tersebut terputus hubungan pagi ini.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP ) Betong bergerak ke lokasi memantau keadaan jam 8.13 pagi selepas menerima aduan daripada penduduk.

Rumah Panjang Raba Penyalanih mempunyai 20 pintu dengan 50 penghuni.

Kenyataan rasmi daripada BBP Betong menjelaskan keadaan tersebut kini terus dipantau dan pada jam 9 pagi tadi sudah ada perkembangan positif apabila air sedikit surut dan diharapkan situasi akan terus pulih jika hujan tidak berterusan turun hari ini.