SRI AMAN: Sebuah kereta terhumban ke dalam parit dalam satu kejadian kemalangan kendiri di Jalan Pantu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam pemandu lelaki berusia 39 tahun menaiki kenderaan jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan bersama seorang penumpang lelaki berusia 48 tahun.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan jam 11:33 malam.

Pasukan bomba yang melakukan operasi menyelamat mendapati pemandu kenderaan berusia 39 tahun tersepit di bahagian tingkap pintu belakang ketika cuba menyelamatkan diri daripada lemas dengan memecahkan cermin pintu kereta tersebut.

Pasukan bomba seterusnya menggunakan alat pengusung untuk mengambil mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans.

Mangsa pertama bagaimanapun berjaya keluar sendiri untuk mendapatkan bantuan daripada orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Mangsa kemudiannya dihantar ke klinik Pantu untuk rawatan.Operasi melibatkan 8 anggota bomba, seorang anggota PDRM, 4 anggota Rela dan 2 petugas klinik.

Operasi tamat jam 12:41 tengah malam.