Sunday, November 27, 2022

Mahathir mahu pecah rekod dunia: Jadi PM kali ketiga?

Secara Rawak

Sebahagian pemimpin PKR mengkritik kenyataan Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik yang menyatakan usaha pembangkang bagi mengambil semula kerajaan persekutuan tidak boleh dibuat dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri ialah hak mutlak Anwar.

Menurut mereka, jawatan itu juga bukan hak mutlak Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Pendidikan itu  dalam satu kenyataan semalam berkata: “Rundingan untuk ambil semula Kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula Kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.”

Katanya, kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah 91. 

“Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak,’ katanya lagi.

“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor 2 dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini: Siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan 5 lagi kerusi yang berbaki? ,” kata beliau.

Bagi pemerhati,  itu pandangan dari persepektif Dr Maszlee.

Namun, bagi penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrtahim, jawatan itu bukan hak mutlak ahli parlimen Langkawi itu.

“Setuju dengan Maszlee. (Jawatan itu) juga bukan hak mutlak Tun Mahathir,” kata Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Twitter.

Manakala Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Ab Razak berkata Anwar tidak akan berdiri sebagai calon tanpa pihak yang mencalonkannya.

“Saya setuju bahawa ia bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan itu hanya kepada Tun Mahathir?,” katanya dalam saatu kenyataan.

“Dalam hal ini, PH dengan komposisi 91 Ahli Parlimen sebulat suara menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri?” soalnya.

Semalam, Maszlee berkata bahawa jawatan perdana menteri bukan hak mutlak Anwar.

Malah menurutnya, tanpa Mahathir peluang PH untuk mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.

Kejatuhan Kerajaan PH  pada Februari lalu antara lain disebabkan keluarnya Bersatu daripada gabungan itu dan peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri.

Kini, Mahathir masih berminat untuk menjadi perdana menteri untuk kali ketiga seolah-olah mahu memecahkan rekod dunia.

Pertama kali bekas pengerusi Bersatu dan presiden UMNO itu pernah menjadi perdana menteri adalah selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. 

Kali kedua selama 22 tahun adalah dari Mei 2018 hingga Februari 2019 sebelum menjadi perdana menteri sementara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru