Sunday, November 27, 2022

Abang Johari: Terima kasih rakyat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Terima kasih rakyat Sarawak.

Itulah kata-kata yang dizahirkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada 2.8 juta rakyat di negeri ini.

Mereka katanya,  memperlihatkan disiplin tinggi ketika mengharungi cabaran susulan penularan Covid-19 dan penguatkuasaan PKP dan PKPB dari 128 Mac hingga 9 Jun lalu.

Menurut beliau, sikap disiplin dan kepatuhan kepada PKP dan PKPB telah banyak membantu dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Setakat semalam 556 kes dengan 17 kematian direkodkan sejak virus maut itu dikesan di negeri ini pada 13 Mac lalu.

“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan depan seperti polis, askar, pertubuhan bukan kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mereka yang terbabit sebagai pasukan barisan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPB di sini, Jumaat.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan pakej bantuan ekonomi bagi membantu rakyat dan sektor perniagaan yang terjejas susulan penguatatkuasaan PKP dan PKPB baru-baru ini yang menyaksikan sektor ekonomi tidak beroperasi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru