Friday, August 19, 2022

Rentas daerah dibenarkan di Sarawak mulai esok

Secara Rawak

KUCHING: Semua  rakyat negara ini  dari Sabah, Semenanjung atau Labuan dibenarkan untuk melakukan rentas daerah dalam Sarawak berkuat kuasa esok setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) berakhir hari ini.

Pada waktu yang sama semua warganegara Malaysia  juga dibenarkan keluar dan masuk  Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  berkata,  semua warganegara dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu mengambil sampel  (PCR) tiga hari sebelum berlepas ke negeri ini, tetapi mereka perlu  mematuhi garis  panduan ditetapkan.

Mulai esok  hingga 31 Ogos Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan  (PKPP) akan dikuatkuasakan.

Antaranya, menurut kenyataan JPBNS ialah mereka diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang  deklarasi kesihatan,

“Pelawat akan diambil sampel PCR sekiranya mempunyai gejala Covid-19 setelah tiba di destinasi terakhir pintu masuk utama  negeri melalui udara, laut dan darat,” katanya.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negeri ini setakat pagi tadi ialah 555 kes dengan 17 kematian.

Katanya lagi, pelawat juga dinasihati memuat turun Covid Trace Sarawak dan Qmunity.

Manakala, katanya, semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan dikuarantin wajib selama 14 hari di hotel.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru