Monday, November 28, 2022

Perhimpunan 100 orang dibenarkan di Sarawak mulai esok

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan bahawa  perhimpunan awam dengan maksimum penyertaan 100 orang dibenarkan berkuat kuasa esok.

Bagaimanapuun, katanya,  ia tertakluk  kepada saiz keluasan acara berkenaan diadakan.

Katanya dalam satu kenyataan petang ini, mereka juga diwajibkan untuk mematuhi garis panduan seperti penjarakan sosial  dan memastikan kebersihan diri yang tinggi.

“Semua aktiviti yang dibenarkan di bawah PKPP akan berkuat kuasa mulai 17 Jun 2020. Ini adalah untuk membolehkan kementerian dan agensi  terbabit untuk memperhalusi SOP yang sedia ada dan hendaklah dihantar kepada JPBN selewat-pewatnya pada atau sebelum 15 Jun untuk kelulusan,” katanya lagi.

Jelasnya, semua JKKK dan rukun tetangga bersama-sama dengan Rela akan ditugaskan untuk memantau garis panduan Covid-19 seperti penjarakan sosial diamalkan dan  juga memastikan orang luar tidak memasuki kawasan komuniti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru