Tuesday, September 27, 2022

Kluster baharu: Kluster pekerja asing di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang disyaki menyeludup masuk warganegara asing ke negeri ini.

Ini susulan kes positif Covid-q9 hari ini, membabitkan seorang warganegara Indonesia.

Kata JPBNS dalam satu kenyataan hari ini,  kes berkenaan dikesan melalui kontak rapat dengan kes positif yang dilaporkan pada 7 Jun lalu.

“Ini adalah satu kluster baharu, iaitu kluster pekerja asing di Sarawak,” katanya.

“Jelasnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan melakukan pengesanan aktif kes di kawasan tapak pembinaan Jalan Keretapi dan tempat kediaman mereka di Sungai Moyan di sini.

Dalam pada itu, katanya lagi, tiada kes baharu yang sembuh dan dikeluarkan dari hospital hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 525 orang atau 94.42 peratus,” jelasnya lagi.

Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Sarawak setakat ini ialah 556 dengan 17 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru