Anda mahu membeli rumah ini?

Mengapa tidak. Ia percuma. Nakun ,tidak semudah itu untuk menjual rumah empat kamar di louisiana, Amerika Syarikat itu.

Mengikut Mirrot pada Ahad, pemilik rumah berjuang menjualnya secara percuma tetapi kisah menakutkan yang melingkari rumah itu menyebabkan tidak ada yang mahu membeli atau memilikinya.

Rumah yang dibina pada 1930-an dan dikenal menyeramkan itu sarat dengan kisah hantu.

Ada yang mengongsikan hantu wanita tua.

Malah, pemburu hantu pernah dibawa ke situ untuk mengusir hantu yang berkeliaran.