Thursday, June 30, 2022

Bagaimana nasib PKR dalam PRN Sarawak di bawah Larry Sng?

Secara Rawak

KUCHING: Apakah kesan keluarnya Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang daripada PKR terhadap kedudukan dan masa depan parti itu di Sarawak?

Ya, terutama dalam pilihan raya negeri akan datang?

Bagi PKR Sarawak, Larry Sng ia tentu sesuatu yang melukakan, dan Pengerusi PKR Sarawak tidak dapat memendam rasa kecewa beliau dengan keputusan pemimpin Iban itu.

Pengamat politik percaya bahawa tidak mudah bagi Larry untuk menerajui PKR dalam PRN Sarawak nanti, yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan. 

Dengan kepemimponan dan jentera akar umbi parti yang melemah susulan krisis dan perpecahan baru-baru ini, maka menjadi cabaran baginya untuk mengukuhkan jentera parti.

Sokongan Jugah terhadap  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  itu berlaku di sebalik pelbagai spekulasi akan berlaku ahli parlimen tertentu yang akan melompat menyokong PH.

Dengan tindakan Jugah menyokong Perikatan Nasional, maka  Muhyiddin yang cuba diancam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dapat menarik sedikit nafas lega.

Difahamkan Jugah telah banyak mempunat komitmen terhadap pengundi dan rakyat di kawasan diwakilinya dari segi pembangunan.

Adakah tindakan Jugah itu petanda baik kepada GPS bahawa parti itu akan terkubur dalam PRN nanti?

Kedudukan PKR memang penuh dengan teka-teki, apatah lagi tanpa peneraju utamanya Baru Bian yang pernah menjadi Pengerusi PKR Sarawak.

Setidak-tidaknya itulah pandangan yang diberi oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Pada pandangan saya ia satu petanda baik kepada GPS dan petanda PKR akan terkubur untuk selamanya di bumi Sarawak,” katanya seperti dipetik  dalam satu kenyataan.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Jugah semestinya telah memikirkan perkara itu sedalamnya sebelum membuat keputusan ini.

“Demi masa depan kerjaya beliau dan juga negeri dan negara, keputusan beliau adalah satu keputusan yang bijak tanpa tekanan dan imbuhan.

Jugah menjadi Ahli Parlimen Bebas semula selepas menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu beberapa bulan lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas dan menang atas mandat rakyat sebelum bersama-sama para penyokongnya menyertai PKR yang menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dengan  tindakan Jugah  keluar parti, maka kini PKR hanya mempunyai dua orang Ahli Parlimen, iaitu Larry Sng (Julau) dan Ahli Parlimen Miri Michael Teo.

Penyertaan Jugah berlaku sekitar seminggu bekas pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“Saya telah berbincang dengan para penyokong saya dan mereka bersetuju agar saya menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu,” katanya.

Lubok Antu ialah kawasan majoriti Iban yang sebelum ini dimenangi PRS.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru