Tuesday, August 16, 2022

524 pesakit Covid-19  telah sembuh di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang sembuh dan dikeluarkan dari hospital ialah seramai 524 orang atau 94.41 peratus.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), terdapat 14 kes kini masih dirawat di hospital dan tiada kes bagi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes juga bagi memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat dua kes baharu positif Covid-19 dilaporkan semalam, iaitu masing-masing satu kes dari daerah Kuching dan Samarahan.

Dengan kes terbaharu itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak setakat hari ini sebanyak 555 kes.

Jumlah kes kematian ialah 17 sejak virus maut itu dikesan di negeri ini pada 13 Mac lalu.

“Dimaklumkan juga bahawa seorang kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital iaitu dari Hospital Umum Sarawak,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, dilaporkan juga seramai 26 orang dibawah pengawasan atau PUI baharu dilaporkan dan seramai 17 kes masih menunggu ujian makmal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru