Tuesday, November 29, 2022

Pekerja dari Limbang dan Lawas: Perbincangan perlu diadakan dengan Kerajaan Sabah

Secara Rawak

KUCHING: Residen Bahagian Limbang  telah diarahkan untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri  Sabah bagi rakyat Sarawak di Lawas dan Limbang yang bekerja dan berulang-alik ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  Datuk Amar Douglas Uggah Embas  berkata,   ia berikutan syarat yang ditetapkan Kerajaan Sabah kepada rakyat Malaysia yang hendak ke Sabah perlu menjalani saringan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri itu.

“Jadi ini tidak munasabah dipraktikkan bagi mereka di Limbang dan Lawas yang berulang-alik setiap hari kerana urusan kerja,” katanya dalam sidang media  mengenai Covid-19 di sini, semalam.

“Kami telah mengarahkan Residen Limbang untuk berbincang dengan Kerajaan Sabah gagart mendapatkan pas keluar di Sabah untuk memudahkan perjalanan ulang alik ke negeri itu,” katanya.

Langkah ini, jelas Uggah  adalah perlu bagi membolehkan mereka yang berulang-alik ke negeri itu kerana urusan kerja tanpa perlu memenuhi syarat saringan tersebut.

Katanya lagi, ia akan memudahkan rakyat menjalani kehidupan mereka dalam tempoh yang sukar ini. 

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, bagi penjawat awam yang mempunyai tugas dan kerja yang memerlukan mereka berulang-alik ke Semenanjung, Sabah dan Labuan, mereka hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada ketua jabatan masing-masing.

Jelasnya, bagi ahli perniagaan yang juga kerap berulang-alik ke Semenanjung, Sabah dan Labuan, mereka hanya perlu mengemukakan jadual pergerakan mereka.

“Bagi kedua-dua kumpulan ini, mereka tidak akan dikenakan SOP untuk warganegara yang masuk ke Sarawak dan mereka boleh mengemukakan surat pengesahan dan jadual pengerakan mereka di laman sesawang JPBNS melalui http://sdmc.sarawak.gov.my).

Bagaimanapun, semua pegawai, katanya, dikehendaki mengambil langkah penjagaan kesihatan yang tinggi sebelum, semasa dan selepas melaksanakan urusan mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru