Friday, August 12, 2022

Kos saringan bagi rakyat terkandas, ditanggung Kerajaan Sarawak 

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pengambilan sampel saringan Covid-19 bagi rakyat negeri ini yang terkandas di Semenanjung, Sabah dan Labuan yang hendak kembali  ke negeri ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas  langkah ini diambil sesudah mengambil kira  pandangan  yang diterima Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) susulan pengumuman syarat  berkaitan perkara itu dikeluarkan semalam.

Tambahnya, mereka yang terkandas dibenarkan balik ke Sarawak dengan syarat akan diambil sampel di sini yang mana kos untuk pengambilan sampel tersebut  ditanggung Kerajaan Sarawak. 

“Kita menerima banyak aduan tentang perkara ini, mereka sudah susah terkandas dan dibebankan lagi dengan kos mengambil saringan, sudah tentu ini menyulitkan mereka,” katanya dalam sidang media di sini  mengenai Covid-19 pada Khamis.

Sarawak mencatatkan tiada kes Covid-19 untuk lapan hari berturut-turut dan jumlah kes kekal 552 dengan 17 kematian.

Justeru, ujar beliau, bagi mereka yang mempunyai masalah ini pihak kerajaan akan melakukan pengambilan sampel untuk saringan Covid-19 ini di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Jelasnya lagi, bagi kemasukan pekerja sektor minyak dan gas, garis panduan yang telah dikeluarkan sebelum ini masih terpakai untuk syarat kemasukan ke Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru