Tuesday, September 27, 2022

Anak Sarawak terkandas di Nigeria: Kerajaan Sarawak sedia bantu bawa pulang

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membantu, melindungi dan mengambil langkah terbaik untuk menyelamatkan dan membawa pulang rakyat Sarawak yang kini terkandas di Nigeria.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas  semalam berkata, untuk itu, rakyat Sarawak yang terkandas di luar negara dinasihati untuk menghubungi Kerajaan Sarawak bagi membantu mereka kembali ke tanah air.

Beliau berkata demikian ketika ditanya  media dalam sidang media di sini berhubung kes 30 rakyat Malaysia, termasuk rakyat Sarawak yang terkandas di Lagos, Nigeria susulan Covid-19 dan penguncian dilaksanakan Kerajaan Nigeria.

Difahamkan, ada daripada anak Sarawak terbabit adalah dari Sibu, Julau dan Kapit.

Jelas Uggah, beliau telah menghubungi dan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengambil langkah perlu bagi menangani isu berkenaan.

“Wan Junaidi akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan. Kita tunggu keputusan selanjutnya,” jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan seorang anak Sarawak, Malcolm Goh memaklumkan mereka terkandas di Lagos sejak ketibaan di negara tersebut pada 7 Februari.

Pelbagai usaha telah diambil untuk kembali tetapi disebabkan tiada penerbangan, maka mereka terus terkandas di negara itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru