LIMBANG: Selepas disahkan negatif, tujuh orang pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikuarantin di Dewan Suarah Limbang dan Hospital Limbang telah dibenarkan keluar dan balik ke Lawas pada Ahad.

Kesemua mereka ini akan dihantar pulang ke Daerah Lawas dengan menggunakan perkhidmatan darat iaitu dua buah kenderaan milik Pejabat Daerah Limbang Toyota Fortuner dan Toyota Hilux.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang telah menyediakan dokumentasi perjalanan seperti kad pengenalan, pasport, permohonan kebenaran pergerakan Polis, Permohonan JPBN secara atas talian dan kebenaran melintas di Temburong, Brunei.

Sebelum itu, Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Haji Abang meminta setiap pelajar mematuhi dan memastikan setiap arahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi terutama tentang penjagaan dan kebersihan ditahap cemerlang, kerap mencuci tangan, sentiasa mencuci peralatan yang sering dipegang atau digunakan oleh keluarga, menjaga penjarakan sosial, dan jangan keluar rumah selama tempoh arahan kawalan pergerakan di rumah sehingga perjanjian telah selesai.