ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia mencatatkan kenaikan lebih 3,000  kes dalam masa 24 jam dengan kumulatif kematian  377,150 kes.

Menurut statistik dari Worldometers, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka kematian tertinggi dengan hampir 107,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di tangga kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan  39,045 dan 33,475 kes kematian.

Sementara itu Brazil, Perancis dan Sepanyol mempunyai jumlah korban masing-masing 30,046, 28,833  dan 27,127 kes.

Negara lain masih mempunyai angka maut akibat virus itu di bawah 10,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh dengan 2.9 juta.