TOKYO: Police Hitachinaka, wilayah Ibaraki  telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun kerana mengurung anaknya di dalam mesin basuh selama 90 minit.

Menurut polis seperti dipetik Japan Today, pekerja di sebuah  syarikat itu meletakkan anaknya di dalam mesin basuh pada jam 8 pagi Sabtu, menurut Sankei Shimbun.

“Dia menutup pintu dan membiarkan anaknya berada di dalam mesin itu hingga 9.35 pagi,” kata laporan itu.

Lelaki itu kemudiannya membuat panggilan ke nombor 119, dengan mendakwa bahawa anaknya memanjat mesin basuh itu.

Anaknya kemudian dibawa ke hospital.

Polis dimaklumkan tentang kemungkinan berlakunya penderaan.

Polis dipetik berkata, lelaki itu mengakui meletakkan anaknya di dalam mesin berkenaan, tetapi tidak bertujuan untuk mencederakannya.

Dia tinggal dengan isterinya yang berusia 28 tahun, bersama-sama anak perempuan berusia lima tahun dan anak lelaki tiga tahun.

Isteri dan anak perempuannya dilaporkan tiada di rumah pada waktu kejadian.