PBB: Di tengah-tengah pandemik Covid-19, persaingan AS dan China menyebabkan Dewan keselamatan PBB buntu dalam membuat pendirian berhubung isu penting dunia.

Sehingga 2017, hubungan baik Washington-Beijing memudahkan PBB bersatu misalnya dalam menghadapi ancaman nuklear Korea Utara.

Perbalahan isu Covid-19 menyebabkan AS dan China bersengketa dengan WHO menjadi mangsa perseteruan tersebut.

Setiausaha Jenderal PBB Antonio Guterres mengeluh dengan mengatakan dunia kini “tiada kepemimpinan” berdepan krisis yang berlaku.

Setelah hampir dua bulan berunding, 15 negara anggota Dewan Keselamatan tidak mencapai kesepakatan atas resolusi gencatan senjata global ketika dunia sedang memerangi virus korona.

Konflik AS-China kini menular kepada ke isu lain. Seorang duta besar di PBB berkata, dunia tidak memerlukan satu lagi perang dingin.

Isu Hong Kong telah menjadi satu lagi medan perseteruan baharu Beijing-Washington.