KUCHING: Tiada masalah jika tahun ini kita tidak ngabang, tetapi sekiranya kita kehilangan nyawa, maka tiada lagi gawai selepas itu.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr james Jemut Masing berkaitan arahan kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi waktu perayaan Gawai Dayak pada hari ini.

Kata beliau, contohnya di Korea Selatan, hampir semua rakyatnya sihat tetapi apabila seorang lelaki menyertai satu majlis keramaian, ia menyebabkan  gelombang kedua pandemik Covid-19.

Setakat semalam, Sarawak mencatatkan 552 kes dijangkiti Covid-19 dengan 17 kes kematian.

Kata Masing, keadaan di Korea Selatan itu hanya berpunca daripada seorang individu yang dijangkiti.

“Justeru, saya menasihati masyarakat Dayak untuk meraikan Hari Gawai bersama-sama keluarga terdekat sahaja demi kesihatan kita,” katanya.

“Jadi untuk perayaan Gawai Dayak tahun ini, jangan ziarahi satu sama lain demi kesihatan masing-0masing,” katanya lagi.

”Anda mungkin bebas daripada Covid-19, tetapi kita tidak tahu orang lain kerana pandemkik ini ada yang mempunyai simpton dan ada yang tidak,” ujarnya lagi.