DELHI: Foto telur ayam yang bahagian tengahnya ataun yolka berwarna hijau dan bukan kuning seperti biasa menyebabkan pakar veterinar dan orang ramai dilanda rasa hairan.

Pada mulanya ramai yang memikirkan foto itu disunting namun siasatan lanjut mendapati telur luar biasa itu datang dari ladang milik Ak Shihabudheen, peternak ayam di Malappuram.

Ak Shihabudheen mengesahkan ayam di ladangnya menghasilkan telur dengan yolka hijau itu. Dia turut memuat naik video diriya memecah salah satu telur tersebut yang yolkanya berwarna hijau.

Menurutnya salah seekor ayamnya menghasilkan telur hijau itu kira-kira sembilan bulan lalu.

Mereka sekeluarga bagaimanapun tidak berani memakan telur-telur itu jadi mereka membiarkannya menetas menjadi anak ayam sahaja.

Akhirnya anak-anaknya apabila besar turut mengeluarkan telur dengan yolka hijau.

Setakat ini mereka sekeluarga makan telur itu dan tiada perkara pelik berlaku, malah rasa telur itu sama dengan telur ayam biasa.

Selain pakar veternari, pegawai dari Universiti Sains dan Haiwan Kerala berkunjung ke ladangnya untuk mengambil sampel bagi tujuan penyelidikan di makmal mereka.