KUCHING: Tiada kes baharu kes positif Covid-19  hari ini.

Dengan itu bilangan keseluruhan Covid-19 di Sarawak kekal 552 kes dengan 17 kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital pada tempoh sama.

“Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj  kekal seramai 508 orang atau 92 peratus. Seramai 37 PUI baru dilaporkan dan seramai 11 kes masih menunggu ujian makmal,” katanya menerusi kenyataan media.

Mengenai 339 sampel diambil di Belawai, Tanjung Manis, sehingga semalam 312 daripadanya adalah negatif dan 27 masih menunggu ujian makmal.