Ketika membeli barang keperluan di pasar raya atau di kedai biasa, semenangnya amat sukar memastikan penjarakan sosial akibat Covid-19 dapat dipatuhi gara-gara sikap manusia dan juga ruang yang sempit.

Berikutan itu terdapat segelintir netizen kreatif dan sanggup melakukan apa sahaja memastikan diri mereka selamat dan tidak dijangkiti Covid-19.

Mereka menggunakan pelbagai barangan dan peralatan harian seperti plastik sampah, botol plastik, beg kertas dalam usaha mencegah penularan wabak itu.

Ada juga yang menggunakan topeng gas pemedih mata dan cermin mata snorkel untuk tujuan yang sama. Apapun telatah mereka yang santai dan spontan memakai hasil kreativiti mereka menyebabkan orang ramai terhibur dan geli hati.