Friday, August 19, 2022

Douglas Uggah puji tindakan rumah panjang

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memuji tindakan banyak rumah panjang yang telah melarang penduduk atau orang luar mengunjungi mereka semasa Gawai Dayak yang diraikan esok.

Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan anggota masyarakat Dayak kembali ke rumah panjang atau kampung halaman bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan terbabit sehingga mungkin mencetuskan kluster Gawai.

Uggah juga berharap agar semua pemimpin masyarakat seperti temenggung, pemanca, penghulu dan tuai rumah menjadi barisan depan untuk memastikan garis panduan ditetapkan kerajaan dipatuhi.

Beliau menggesa agar setiap individu menjaga kebersihan diri dengan serius dan mengelak daripada berjabat tangan.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri Sarawak menjelaskan, garis panduan atau prosedur operasi piawai juga meminta mereka memakai topeng muka ketika tidak sihat dan ketika bersentuhan dengan orang lain.

“Bagi mereka yang berada di rumah panjang, dinasihatkan supaya menggunakan cawan pakai buang dan tidak berkongsi gelas,” katanya dalam satu kenyataan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru