ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Setakat awal pagi ini, angka itu menyaksikan kenaikan  lebih 4,000 korban dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kini 370,499 kes.

Menurut statistik daripada Worldometers, Amerika Syarikat (AS) terus merekodkan angka kematian tertinggi dengan 105,550 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan  38,376 dan 33, 340 kes.

Manakala negara keempat dan kelima tertinggi mencatatkan kes kematian ialah Perancis dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 28,717 dan 28,834 kes.

Sepanyol berada di kedudukan kelima dengan  27,125 kematian.