WUHAN: Seekor anjing di Wuhan, China menunggu tiga bulan bertemu kembali dengan pemiliknya. Tanpa diketahuinya tuannya sudah meninggal dunia di Hospital Taikang, Wuhan selepas dijangkiti Covid-19.

Dia meninggal dunia lima hari selepas dimasukkan ke hospital terbabit. Anjing itu bagaimanapun tetap setia menunggu tuannya setiap hari dan penantian itu berlarutan sehingga tiga bulan.

Selama penantiannya anjing jantan berusia sekitar 7 tahun itu dilayan dengan baik oleh petugas dan juga pesakit di hospital tersebut.

Mereka memberinya makanan dan minuman secukupnya. Ada juga yang cuba membawanya keluar dari hospital itu namun ia enggan berganjak.

Wu Cuifen, pemilik pasar raya di hospital itu memberitahu dia mengambil keputusan menjaga anjing yang diberi nama Xiaobao itu atau “Harta Kecil”.