JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.1 juta.

Menurut data Worldometers, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan lebih 123,000 kes.

AS terus menduduki tangga teratas dari segi jumlah jangkitan dan kematian.

Jumlah yang dijangkiti ialah 1.8 juta manakala yang maut ialah 105,550 kes.

Brazil pula mempunyai angka jangkitan melepasi  hampir 500,000 kes manakala Rusia mencecah hampir 400,000 kes.

Tiga lagi negara mencatatkan angka positif Covid-19 melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK), Sepanyol dan Itali.

UK kini mencatatkan 272,826 kes, Sepanyol 286,308 dan Itali 232m664 kes,

Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, India, Turki, Iran dan Peru.