Tuesday, August 16, 2022

Virus telah merebak ke semua 34 wilayah Indonesia

Secara Rawak

JAKARTA: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di negara ini ialah 526 pada Ahad, menjadikan keseluruhannya 22,271 kes.

Menurut angka Worldometers, 21 lagi menemui ajal kerana penyakit itu, menjadikan jumlah keseluruhan 1,372.

Indonesia, negara 270 juta penduduk itu mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi di Asia Tenggara.

Jakarta Post menyatakan, ibu kota Jakarta mencatatkan 119 kes baharu, menjadikan keseluruhannya 6,634 kes, Jawa Timur 68 kes baharu, Papua 62, Jawa Barat 46, Sumatera Barat 35, dan Sulawesi Selatan 32 kes.

Virus berkenaan telah merebak ke semua 34 wilayah Indonesia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru