VATICAN: Meminta Tel Aviv menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, Vatican menyanggah rancangan Israel merampas sebahagian besar Tebing Barat yang diduduki.

Kenyataan Vatican meminta Israel dan Palestin agar meneruskan perdamaian.

Memetik Arab News pada Ahad, Vatican dalam kenyataan, menyatakan keprihatinan berkaitan tindakan yang dapat membahayakan dialog Timur Tengah.

Vatican berharap adanya resolusi membawa kepada perdamaian di Baitulmuqaddis yang dicintai Muslim, Yahudi dan Kristian.

Mantan duta besar Palestin untuk Vatican Afif Safieh berkata, Vatican sangat prihatin dengan masalah Palestin serta kesal terhadap Israel kerana Palestin adalah tapak kelahiran Jesus yang penting buat penganut Kristian.