KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan empat kes baharu positif Covid-19 tertinggi dalam tempoh lapan hari menjadikan jumlah kumulatif 549 kes setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata,  kes baharu berkenaan masing-masing satu di Kuching, Serian, Bintulu dan Tanjung Manis.

“Hari ini, Daerah Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar status kepada Kuning setelah kes baharu dilaporkan.  Jumlah daerah berstatus Kuning di Sarawak ketika ini, lima (Tanjung Manis, Bintulu, Serian, Kuching dan Sibu) manakala kawasan Hijau 35,”jelasnya.

Manakala tiga kes telah sembuh dan discaj dari hospital, daripada jumlah tersebut dua dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu dari Hospital Sibu.

“Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah 473 atau 86.18 peratus daripada jumlah kumulatif (kes positif) 549,” katanya dalam satu kenyataan. 

“Pada hari ini 59 orang sedang dirawat di hospital dan setakat ini Sarawak merekod 17 kes kematian akibat Covid-19,” jelasnya.