SONGKHLA: Seorang lelaki  berusia 41 tahun tega membunuh anak lelakinya dan menguburkan mayatnya di dalam hutan.

Pada 22 Mei lalu, mayat seorang lelaki disumbat ke dalam guni, ditemukan dan dikebumikan di sebuah hutan di Na Mom menurut Bangkok Post.

Mayat itu kemudiannay dikenal paasti sebagai Chanchai Plodkaenthong, 21, anak Aroon Plodkaenthong.

Polis diberitahu bagawa Aron dan emak Chanchai bercerai sekitar 20 tahun lalu. Selepas bercerai, kata Bangkok Post lagi, Aron membawa Chanchai tinggal di Phatthalun Pa Bon apabila dia mengahwini seorang wanita lain.

“Chanchai terus tinggal di rumah yang sama dengan ayahnya, bersama-sama isteri baharunya dan anak lelaki hasil perkahwinan berkenaan,” kata akhbar itu.

Chanchai kemudian mengahwini seorang perempuan, Kung, dan mereka juga mempunyai anak lelaki. 

Kesemua enam orang tinggal di bawah bumbung yang sama.
Kung memberitahu polis dia mempunyai hubungan terlarang dengan bapa mentuanya, Aroon. 

Pada 30 April, Chanchai dan Aroon keluar rumah bersama-sama, tetapi kemudiannya Aroon kembali  seorang diri, tanpa memberitahu di mana anak lelakinya.

Apabila mayat Chanchai ditemukan pada 22  Mei, dia mengesyaki Aroon telah membunuh anak lelakinya selepas berkelahi tentang hubungan sulit berkenaan.

Maklumat berkenaan membolehkan polis menahan Aroon di rumahnya pada Sabtu.

Polis berkata, Aroon mengakui telah membunuh anaknya, tetapi berkata, adalah disebabkan anaknya itu ketagih dadah, dan telah berusaha membunuhnya beberapa kali sebelum itu.