KENYA: Dalam usaha menarik pelanggan yang semakin berkurangan angkara Covid-19, tukang gunting rambut di Kiberia, Kenya memperkenalkan fesyen rambut baru di negara itu.

Selain bayarannya murah kurang AS$0.50 (RM2) ia nampak cantik dan bergaya selain boleh membantu mengingatkan orang ramai tentang bahaya Covid-19 ini.

Untuk menghasilkan corak tajam, rambut diikat dan ditocang menggunakan benang hitam tebal dan bukannya dengan pengikap rambut moden sekali gus membuat harganya lebih murah.

Biasanya fesyen rambut popular di kawasan itu berharga sekitar 300 hingga 500 sen (AS$3 hingga AS$5 (atau RM13 hingga RM22)..

Seorang tukang gunting memberitahu, kebanyakan golongan dewasa di kawasan mereka tidak percaya virus ini wujud dan amat berbahaya, namun golongan muda sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang memberangsangkan.

Mereka sentiasa mencuci tangan menggunakan sanitizer dan memakai topeng apabila keluar rumah.

Disebabkan itu mereka memulakan fesyen rambut ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya Covid-19.