LONDON: Ramadan ini mengukir sejarah baharu di London apabila masjid di seluruh ibu kota diizinkan mengumandangkan azan melalui pembesar suara di luar masjid.

Hal ini bertujuan mempermudah umat Islam beribadah semasa pandemik Covid-19 melanda.

Terdapat 25 masjid di London dan masjid lain di seluruh Britain mengumandangkan azan empat minggu kebelakangan ini.

Setelah Ramadan berakhir dan penguncian masih berkuat kuasa, pihak masjid berharap azan dapat terus diizinkan minimum sekali sehari atau pada Jumaat.

Memetik Daily Mail, Allama Sadiq Qureshi imam masjid Minhajul Quran di Newham, London Timur berkata, beliau berharap azan dapat dikumandangkan ke luar masjid pada masa akan datang berdasarkan persetujuan penduduk setempat.

Cllr Elizabeth Campbell, pemimpin Konservatif Dewan Kensington dan Chelsea berkata bahawa azan mendorong orang berada di rumah dan dan mendapat respons positif secara keseluruhan daripada masyarakat setempat.