BEIJING: China merancang membekalkan vaksin Covid-19 hujung tahun ini walaupun ujian belum lagi selesai sepenuhnya.

Memetik South China Morning Post, Ketua Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China, Gao Fu berkata Program Imunisasi Nasional menyusun peraturan menentukan siapakah yang berhak menerima vaksin tersebut.

Gao di Sidang Konsultatif Politik Rakyat China di Beijing pada Sabtu berkata, dunia mengejar waktu memutuskan berdasarkan situasi tertentu kerana tidak perlu mengikut protokol biasa memandangkan virus ini sangat unik.

Terdapat lebih 120 ujian mendapatkan vaksin Covid-18 yang dijalankan saintis di seluruh dunia.

Ujian vaksin turut dijalankan bersama pihak Tianjin di CanSino dan Akademi Ilmu Kedoktoran Tentera.