WUHAN: Institut virologi China di Wuhan akhirnya mengakui memiliki tiga galur atau strain virus yang berasal daripada kelawar yang dikaji di makmal mereka.

Namun pihak makmal mengakui bahawa tiada koleksi mereka itu yang secocok dengan virus korona Covid-19 yang kini menjadi pandemik di dunia.

Dalam wawancara dengan CGTN pada 13 Mei lepas, Pengarah Institut Virologi Wuhan menyebut, tuduhan AS bahawa virus korona yang melanda dunia kini sebagai galur yang bocor dari makmal tersebut adalah pembohongan total.

Menurut Wang, kemiripan virus di makmal tersebut dengan genom Covid-19 hanya 79.8 peratus.

Memetik AFP pada Ahad, Wang berkata mereka merujuk wabak SARS pada 2003-2004 dan genom SARS-Cov-2 hanya sekitar 80 peratus berbanding SARS dan ia sangat berbeza.

Sebelum ini Presiden Donald Trump dan Menteri Luar AS Mike Pompeo menuduh Covid-19 adalah konspirasi China terhadap dunia.